Monday, November 17, 2014

#003 Scania

Salam..


Scania AB, berasal dari Malmö, satu daerah di negeri Scania, Sweden dan diasaskan pada tahun 1891.Bas pertama keluaran Scania dikeluarkan pada tahun 1911 dan pada 2011 Scania Bus menyambut ulang tahun ke 100 mereka.


Di Malaysia Scania mulanya didatangkan dibawah naungan Tractors Malaysia pada tahun 1992-1993 dan kemudiannya ditukar kepada Scania Truck & Bus dan seterusnya Scania mengorak langkah dengan membina sendiri jenama itu dengan menarik keluar jenama dari bawah naungan Sime Darby & Tractors Malaysia dan terbentuklah Scania Malaysia Sdn Bhd pada tahun 2002 kalau tidak silap.

Untuk bas pihak Scania di Malaysia ada membawa masuk beberapa model yang boleh dikatakan sangat familiar kepada peminat bas di sini. Antara modelnya ialah :

3-Series (1988 - 1997)

K113 CRB 310 (5 speed / 10 speed high/low / Retarder)
K113 CRB 320 (8 speed high/low / Comfort Shift / Automatik / Retarder)
L113 CRL 230 (Automatik)

4-Series (1998 - 2007) 

F94 IB4X2 310 (6 speed manual)
L94 IB4X2 310 (Comfort Shift / Automatik)
K94 IB4X2 310 (5 silinder / 6 silinder)
K114 IB4X2 380
K114 IB6X2 380 (Opticruise)
K124 IB4X2 360 (Comfort Shift / Manual high/low)
K124 IB4X2 380 (pra K-Series model akhir)
K124 IB4X2 420 (Opticruise)
K124 EB6X2 420 (Opticruise)

K-Series ( 2008 - 2012 )

K270 UB4X2LB (Automatik)
K310 IB4X2NB
K380 IB4X2NB
K380 IB6X2NB
K420 EB6X2NI

K-Series 2-Paddle (2012 - keatas)

K250 UB4X2LB (Automatik)
K250 IB4X2NB
K360 IB4X2NB
K410 IB4X2NB
K410 EB6X2LI

Dan mungkin akan ada model terbaru dalam lineup yang sedia ada, yang itu kene tunggu 2015 lah heheheheheh apa pun kita akan bersambung lagi di post yang akan datang untuk lebih memahami dengan mendalam model Scania yang ada di Malaysia ini.

Sekian dahulu....

Sunday, November 16, 2014

#002 Jenis



Salam..

Antara perbezaan bas ialah kedudukan enjin. Ada enjin di depan, ada di tengah dan kebiasaanya di belakang..dan ada juga yang pakai enjin aircond kat tengah jadi jangan konpius pulak hehe apa pun meh kita lihat contoh dengan gambar :


Enjin depan - model Hino AK176K / Sin Hock Leong

 



 
Enjin tengah - model Dennis Javelin GX / Jurucoach Technology
(Sumber:Google.com)





Enjin belakang - model M.A.N R39 18.430 HOCLR

So lepas ni mungkin kita pegi ke bab yang lebih mendalam sikit untuk lebih informasi sebab blog ni asalnya nak fokus kepada beberapa aspek teknikal tapi belasah jelah janji ada info yang boleh dikongsi terutamanya dari segi teknikal serta cara mengenali casis kegemaran anda..sampai disini sahaja buat masa ini..

jumpa lagi di post akan datang InsyaAllah


Friday, September 19, 2014

#001 Mula

Setelah lama berfikir, akhirnya terlaksana jua hasrat yang dah lama terpendam dalam hati ini.Hasrat untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada,yang mungkin boleh membantu atau memberi manfaat bersama..

Post pertama sebagai pembuka kata blog yang tak seberapa ini, bercerita tentang minat kepada sesuatu yang mungkin pelik, mungkin luar biasa atau senang cerita - apa sahaja berkaitan BAS.

Bas - satu mod pengangkutan yang amat sinonim dengan kita...kenderaan berat yang boleh naik ramai-ramai senang cerita..akan tetapi di bumi Malaysia tanah air kita ni ada segolongan peminat bas yang obses atau gila apa sahaja berkaitan bas.Apa yang best pasal bas ni?sama je aku tengok?ko ni sihat ke ni minat bas ni pelik bebenor kau ni? hanya yang tahu je memahami..



sekian.